Amalan solat merupakan amalan yang membezakan antara muslim dan belum muslim. Dalam sabda baginda SAW.Jelas, solat adalah nadi hidup seorang mukmin yang dilaksanakan mengikut waktu dan tertib malah sebaiknya disertai kekhusyukan. Dengan itu, solat seseorang mukmin menjadikannya orang berjaya seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.Menurut Imam al-Hanbali Rahimahullah dalam Al-Khusyuk Fi Al-Solat, asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. Namun, sejauh mana kita telah berjaya meraih khusyuk dalam solat? Berikut langkah agar beroleh solat yang khusyuk.
1. Bersiap awal sebelum solat
Solat terbaik adalah pada awal waktu. Lakukan persiapan awal seperti bersugi dan mengenakan pakaian yang terbaik merupakan salah satu cara untuk meraih kekhusyukan. Dengan ini, kita tidak akan kelam kabut apabila tibanya waktu solat.
Hati dan perasaan menjadi tenang serta anggota badan akan lebih bersedia menunaikan solat. Khusyuk itu bukan sahaja terletak pada hati, tetapi juga pada anggota badan. Selaras dengan kata-kata Sa’id bin Musayyib rahimahullah dalam Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi.
2. Memahami Setiap Bacaan Solat
Sesuai dengan ungkapan ini, kita digalakkan untuk mempelajari dan menghayati setiap perbuatan dan bacaan dalam solat kerana ini akan membantu khusyuk dalam solat. Alangkah sia-sianya jika kita hanya bersolat sekadarnya tanpa kesungguhan bahkan tidak memahami apa-apa yang dibaca semasa solat.
3. Solat Dengan Tenang Dan Tidak Tergesa-Gesa
Perlakuan solat seperti tidak mempunyai tamakninah antara rukuk dan sujud serta tergesa-gesa dilarang oleh Allah SAW. Baginda SAW mengingatkan dalam sabdanya;
“Sesungguhnya Nabi SAW masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah SAW menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.”
4. Ingat Akan Kematian
Matinya seseorang mukmim, bererti terhentilah waktu untuk beramal dan beribadah. Maka, akan mendatangkan rasa untuk melakukan yang terbaik kerana masa semakin singkat tatkala memikirkan kematian yang kian mendekat.
Sabda Baginda Nabi SAW,
“Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam solatnya, maka ia akan memperelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya).”(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
5. Pengharapan yang Tinggi kepada Allah SWT
Allah adalah semata-mata tempat berharap dan bukannya kepada makhluk atau material yang dimiliki. Solat adalah bukti pergantungan hamba kepada Allah kerana ketika ini kita paling dekat dengan Allah SWT terutama ketika sujud.
“Hanya orang mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.” (al-Anfal:2)
Oleh sebab Allah adalah tumpuan segala hajat, maka kita akan berusaha untuk khusyuk agar Allah SWT memakbulkan setiap doa kita.