1. AIR

Percaya tak. petua kulit licin yang paling berkesan secara semulajadi adalah hanya dengan air.

Anda digalakkan minum air dengan banyak. Apabila badan banyak dengan cecair, ia akan membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Di samping itu, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan air.

2. JUS LEMON

Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit secara tak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit.

Petua kulit licin ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Caranya:

Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari.

Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

3. BUAH TOMATO

Bertindak sebagai skin toner, ia membantu merawat jerawat, jeragat dan blemish.

Caranya:

Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.

Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.

4. MADU

Madu telah digunakan sejak sekian lama kerana khasiatnya yang pelbagai. Bukan saja boleh dimakan, ia juga elok untuk disapukan pada kulit.

Caranya:

Ambil madu dan sapu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

Campurkan sedikit madu pada putih telur dan sapu pada muka. Basuh dengan air dan pencuci muka untuk menghilangkan bau telur.

Sebelum tidur, campurkan tiga sudu madu bersama satu setengah cawan serbuk kayu manis. Sapu pada muka dan biarkan semalaman. Keesokan hari, bilas seperti biasa.

5. ALOE VERA

Bahan aktif dalam aloe vera terbukti berkesan merawat parut, blemish, mengurangkan kedut dan garisan di muka.

Caranya:

Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit beberapa kali seminggu

Jadikan mask dengan campurkan satu sudu gel aloe vera, dua sudu jus lemon dan satu sudu madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 15 hingga 20 minit.