1. Posisi sewaktu tidur
Apabila anda tidur dengan kepala anda dalam posisi menunduk, cecair dalam kulit anda akan cenderung untuk terkumpul di sesuatu tempat terutamanya bawah mata anda. Perkara ini terjadi kerana bantal anda terlalu tinggi dan tidak menyokong leher anda, seterusnya akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam posisi tidur. Posisi begini juga boleh menyebabkan sakit tengkuk dan terkehelnya leher.
2. Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang terganggu
Eyebag hanyalah salah satu side effects yang anda akan alami apabila kualiti tidur anda rendah. Tidur yang tidak cukup akan menganggu hormon dalam badan dan anda akan lebih cenderung untuk mengalami keradangan, contohnya, menyebabkan mata bengkak. Kadang kala penulis tahu, ramai yang tidur awal dengan harapan untuk mendapatkan waktu tidur yang mencukupi tetapi mungkin anda terbangun pada tengah malam, atau pun terganggu dengan bunyi-bunyi yang kuat di persekitaran anda. Ini akan memberi kesan terhadap kualiti tidur.
3. Makanan dan minuman yang diambil sebelum tidur
Makanan dan minuman yang diperkaya oleh kandungan sodium yang tinggi akan menyebabkan pengumpulan cecair yang berlebihan dalam badan. Makanan dan minuman tinggi sodium boleh didapati dalam makanan yang diproses, minuman dan makanan dalam tin dan makanan sejuk beku kerana bahan ini digunakan untuk mengawet makanan dan minuman tersebut.
4. Tekanan
Sekiranya anda tidur dalam keadaan tertekan atau stress, ditambahkan lagi dengan pengambilan sodium yang tinggi, kulit di bawah mata anda akan lebih senang untuk mengumpul cecair dan hasilnya, anda akan mempunyai mata yang bengkak keesokan harinya. Selain itu, tekanan juga boleh menyebabkan gangguan tidur dan kesannya, pembuluh darah dalam kulit yang tipis di bawah mata anda itu akan melebar, bocor dan akan bercampur dengan cecair lebihan tersebut.
5. Menangis
Tidak kiralah sama ada tangisan itu untuk kegembiraan, kesedihan atau apa-apa sekali pun, perbuatan ini sebelum tidur akan menyebabkan banyak cecair keluar dari tubuh badan anda yang dihasilkan oleh kelenjar lakrimal atau lebih dikenali sebagai kelenjar air mata. Kadang-kadang, ada individu yang terus tertidur selepas menangis atau sambil menangis so, mereka tidak sempat untuk menggantikan cecair yang keluar dan ini akan mengakibatkan kekurangan air dalam badan.
Kandungan air dalam tubuh badan kita adalah 50-70% daripada berat badan, jadi ianya tidak mengejutkan bahawa kekurangan air akan menyebabkan mata sembab.