Pegaga

Tumbuhan ini dan penyediaannya telah digunakan sejak zaman purba terutamanya dalam sistem perubatan Ayurveda di India dan ubat-ubatan tradisional China dan Madagascar. Ia telah disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Word’s Health Organisation) sebagai salah satu spesies tumbuhan herba yang sangat penting untuk dipulihara dan ditanam. Di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai salah satu ‘ulam’ yang terkenal.

Manfaat Kesihatan

Pegaga telah digunakan untuk merawat bronkitis, asma, rembesan berlebihan jus gastrik, disentri, masalah Buah Pinggang sejak berabad lamanya. Herba ini dikatakan berkesan untuk menurunkan Tekanan Darah. Di Malaysia, ia lazim digunakan sebagai ulam di kalangan kaum Melayu, sebagai minuman sejuk oleh kaum Cina dan sebagai tonik untuk otak oleh kaum India. Kaum Melayu menggunakan rebusan daun pegaga untuk merawat penyakit Kusta dan Reumatik.

Manakala, campuran daun atau jus daripada daunnya, bersama makanan, digunakan untuk merawat disentri ringan pada kanak-kanak. Sesetengah individu juga menggunakan daun Pegaga untuk merawat luka, atau menumbuk daunnya menjadi pes untuk dilimurkan pada badan bagi melegakan Demam. Jus dari akarnya pula digunakan untuk membersihkan luka Ulser. Selain itu, daun pegaga juga dipercayai sangat bagus untuk ibu-ibu yang baru melahirkan bayi dan untuk kekal awet muda.

Daun Kaduk

Nama saintifik: Piper sarmentosum Roxb.

Daun Kaduk adalah tumbuhan dalam keluarga Piperaceae yang digunakan dala banyak masakan di negara Asia Tenggara, termasuklah Malaysia. Walau bagaimanapun, daun Kaduk sering dikelirukan dengan Sirih, tetapi daun Kaduk tidak mempunyai rasa pahit atau pedas dan jauh lebih kecil daripada daun Sirih.

  • Manfaat Kesihatan

Daun Kaduk digunakan dalam perubatan tradisional negara-negara di Asia. Analisis kimia telah menunjukkan daun Kaduk mengandungi antioxidant naringenin. Sejenis kimia, ‘amides’ yang terkandung dalam buah Kaduk telah terbukti untuk mencegah Tuberkulisis dan bersifat anti-plasmodial.

Selain itu, buahnya juga berfungsi untuk membantu penghadaman dan merawat Demam dan juga sebagai expectorant, yang mengeluarkan lendir dan bahan lain dari saluran pernafasan. Akar Kaduk mempunyai pelbagai kegunaan, dari merawat Sakit Gigi, Batuk, dan Asma ke merawat, Pleurisy dan Jangkitan Kulat pada kaki.

Kacang Botol

Nama Saintifik: Psophocarpus tetragonolobus

Kesuluruhan bahagian tanaman Kacang Botol boleh dimakan, dari daun, bunga, akar, dan kacangnya, semua boleh dimakan secara mentah atau dimasak. Buahnya juga boleh dimakan walaupun masih mentah dan tidak matang. Benihnya pula boleh dimasak. Setiap bahagian Kacang Botol mengandungi vitamin A, vitamin C, kalsium, zat besi dan nutrien lain.

  • Manfaat Kesihatan

Selain rendah kalori, Kacang Botol juga kaya dengan Vitamin A. Vitamin ini menggalakkan pemulihan DNA dan boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan yang ditakuti, seperti garis halus dan kedutan. Kacang Botol juga dipenuhi dengan kandungan protein. Malah, sesetengah individu mengatakan bahawa jumlah protein Kacang Botol hampir sama dengan kacang soya.

Jantung Pisang

Nama Saintifik: Musa paradisiacal

Jantung Pisang sebenarnya adalah bunga pokok pisang sebelum ia mengeluarkan buah. Anda boleh menemuinya di pasar basah dan penduduk tempatan memakannya sebagai ulam. Ia biasanya diambil dengan cara merebus Jantung Pisang dalam air panas dan memakannya bersama sambal belacan dengan hidangan.

Manfaat Kesihatan

Kajian telah menunjukkan bahawa Jantung Pisang mengandungi serat, protein dan asid lemak tak tepu. Ia juga kaya dengan vitamin E. Jantung Pisang bersifat antioksidan dan membantu dalam mencegah radikal bebas serta mengawal kerosakan sel dan tisu. Malahan, Jantung Pisang juga dianggap sebagai rawatan yang berkesan untuk menangani Sembelit, masalah Bronkitis dan Ulser

Ulam Raja

Nama Saintifik: Cosmos caudatus

Ulam Raja berasal dari Amerika Latin tetapi dapat ditemui tumbuh liar di Malaysia. Kebiasaannya Ulam Raja dimakan pucuk. Ulam Raja dimakan dengan sambal belacan dengan cili yang ditumbuk, bawang mentah, pes udang dan air jeruk nipis.

  • Manfaat Kesihatan

Manfaat kesihatan makan ulam raja adalah yang dikatakan membersihkan darah dari bahan toksik dan juga dapat menguatkan tulang.

Daun Selom

Nama Saintifik: Oenanthe javanica

  • Manfaat Kesihatan

Daun Selom mengandungi banyak air, karbohidrat, serat dan protein. Malah, daun dan batangnya berkesan untuk melegakan penyakit seperti Bisul dan gigitan serangga dan haiwan berbisa seperti kala jengking, ular atau pembengkakan disebabkan kanser. Untuk dijadikan sebagai penawar, air rebusan daun selom boleh diminum bagi melegakan demam selesema, masalah pergerakan usus dan buasir. Biji selom boleh menjadi penawar kepada penyakit darah tinggi manakala buah selom boleh digunakan untuk melancarkan proses pembuangan air besar serta mengeluarkan angin dari dalam perut dan usus.

Pucuk Mengkudu

Nama Saintifik: Morinda Citrifolia

  • Manfaat Kesihatan

Pucuk dan daun mengkudu memiliki pelbagai manfaat perubatan tersendiri. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dan dikenal pasti boleh mengurangkan risiko penyakit yang kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, kanser dan masalah penuaan. Daun dan buah mengkudu selalunya direbus terlebih dahulu untuk mendapatkan air rebusannya. Selain itu buahnya juga boleh dijadikan sebagai ekstrak jus minuman.