Seramai 20.41 juta individu atau 87.2 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.3 peratus atau 22.07 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.Bagi populasi keseluruhan, seramai 20.51 juta individu atau 62.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, 72.7 peratus atau 23.73 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.Selain itu, seramai 92,949 atau 3 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.Pada masa sama, terdapat pertambahan 211,517 dos diberikan semalam, membabitkan kedua-dua populasi tersebut.Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih 44.14 juta.PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.