Majlis Anugerah Medal Dekan Sekolah Komputeran telah diadakan pada 3 November 2019
( Ahad ) yang lalu. Seramai 51 orang pelajar telah menerima Anugerah Medal Dekan bagi Sekolah Komputeran sempena Konvokesyen yang ke-63 Universiti Teknologi Malaysia.
Pelajar-pelajar ini telah berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA 3.67 ke atas.

Pada hari itu saya telah ditugaskan untuk membantu persiapan majlis di pentas utama dan juga pendaftaran pelajar yang menerima anugerah.

Majlis bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Tahniah buat semua penerima!