Kemenangan Piala Malaysia 2019 

     

Johor Darul Takzim

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan cuti khas peristiwa pada Ahad ini (3 November) sempena meraikan kemenangan skuad Johor Darul Takzim (JDT) menewaskan Kedah di peringkat akhir Piala Malaysia 2019.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 3 November 2019, sebagai hari Cuti Khas Peristiwa.