KUALA LUMPUR, 17 November 2016 – Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi perintis kepada penawaran program Sarjana Muda Sains Komputer Kejuruteraan Data menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan kerja (WBL) bermula pada September 2016.
Program ini dikenali sebagai 2u2i kerana membabitkan aktiviti pembelajaran selama dua tahun di universiti dan dua tahun lagi di industri mematuhi standard yang dikeluarkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan antarabangsa Association for Computing Machinery (ACM).
Source: UTM tawar Sarjana Muda Sains Komputer Kejuruteraan Data | UTM NewsHub