Tahmid dan Tasbih Memenuhi Bumi dan Langit
عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَآَنِ أَوْ تَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا
Dari Abu Malik al-Asy’ari dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Suci adalah sebahagian iman, Alhamdulillah memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi, atau salah satunya memenuhi apa yang ada antara langit dan bumi, solat adalah cahaya, sedekah adalah petunjuk, kesabaran adalah sinar, dan al-Qur’an adalah hujjah untuk amal kebaikanmu dan hujjah atas amal keburukanmu. Setiap manusia adalah berusaha, maka ada orang yang menjual dirinya sehingga dimerdekakannya atau dibinasakannya.” (HR Muslim No: 328) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim, perlu memastikan kebersihan hati dari sifat curang, dengki dan segala penyakit hati serta bersih tubuh badan kerana kebersihan sebahagian dari iman.
2. Kalimah Alhamdulillah dan Subhanallah jika disebut dan beramal dengannya akan mendapat ganjaran pahala sepenuh bumi dan langit.
3. Solat akan menjadi cahaya yang akan menjadi penerang hidup serta cahaya yang akan melepaskannya daripada siksaan neraka.
4. Sedekah sama ada yang wajib (zakat) mahupun yang sunat akan menjadi petunjuk dan keterangan untuknya.
5. Kesabaran adalah sinar yang menjadi penyuluh jalan atau menjadi pemudah mengharungi perjalanan hidup.
6. Al-Qur’an adalah hujjah atau bukti kuat menolong dan memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat.
7. Setiap Muslim perlu berusaha memperbaiki dirinya dan menjadi manusia paling taat.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor