Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Keluarga Sekolah Kejuruteraan Awam mempelawa semua warga SKA menyumbangkan idea dan kreativiti dengan menyertai Pertandingan Mencipta Logo dan Moto Kelab Keluarga Sekolah Kejuruteraan Awam.
Pertandingan ini akan bermula pada 12 September 2021 dan berakhir pada jam 12 tengah hari, 12 Oktober 2021. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Sekolah Kejuruteraan Awam dan penyertaan adalah PERCUMA.
Perincian,syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh didapati dipautan https://bit.ly/3DPojsz .
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan pertandingan boleh berhubung terus dengan pihak urusetia: Pn. Nurul Syuhada Binti Sadikon ditalian 017-7786737 atau email : nsyuhada@utm.my

