Sayangi Anak

عَنِ أَبَا هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا‏.‏ فَقَالَ الأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا‏.‏ فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قَالَ ‏ “‏ مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ ‏”‌‏.‏

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW mencium Al-Hasan bin ‘Ali, dan di sisi Nabi ada Al-Aqro’ bin Haabis At-Tamimiy yang sedang duduk. Maka Al-Aqro’ berkata, “Aku punya 10 orang anak, tidak seorangpun dari mereka yang pernah kucium”. Maka Rasulullah SAW pun melihat kepada Al-‘Aqro’ lalu beliau berkata, “Barangsiapa yang tidak menyayangi maka ia tidak akan dirahmati” (HR Al-Bukhari, no 5997) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Sebagai ibu bapa, perlu mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan penuh perhatian.
  2. Satu daripada cara menunjukkan kasih sayang ialah dengan mencium anak-anak khususnya semasa mereka masih kecil.
  3. Tanpa ciuman terhadap anak-anak boleh menyebabkan hilangnya sifat kasih sayang di hati ibu bapa terhadap anak-anaknya. Terhakisnya sifat kasih sayang inilah yang menyebabkan tidak berlaku proses pendidikan yang baik kepada anak-anak bahkan menyebabkan berlakunya sikap penderaan terhadap mereka.
  4. Rahmat adalah kasih sayang dari sesama makhluk atas kelembutan hati yang membuatkan seseorang memuliakan serta berbuat baik.
  5. Jika kita menyayangi dan mengasihi anak-anak, nescaya kita juga akan disayangi dan dikasihi oleh anak-anak apatah lagi ketika kita berada dihari tua.

Sayangilah anak-anak kita.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera