Orang Yang Dikabulkan Doa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرْ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka Allah mengabulkan doanya ketika dalam keadaan kesukaran dan kepayahan, maka hendaknya ia banyak berdoa ketika dalam keadaan lapang.” (HR Tirmizi No: 3304) Status Hasan
Pengajaran:
1. Allah sentiasa mengabulkan doa hambanya yang meminta.
2. Allah mengabulkan doa seseorang yang berdoa ketika ia berada dalam kesusahan dan kepayahan hasil dari amalannya yang sentiasa berdoa ketika lapang.
3. Perbanyakkanlah berdoa ketika kita lapang dan selesa.
Ayuh perbanyakkan berdoa dalam apa jua situasi kita.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor