Hanya Amal Solleh Yang Kekal

سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ

Telah mendengar Anas bin Malik bahawa, Rasulullah SAW bersabda: “Mayat akan diiringi dengan tiga perkara, yang dua akan kembali hanya satu yang menemaninya. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan kembali, hanya amalnya yang akan terus tetap bersamanya.” (HR Bukhari No: 6033)

Pengajaran:

1. Bila mati anak Adam, akan mengiringi mayatnya kekubur terdiri daripada ahli keluarga, harta juga amalnya.

2. Selepas pengkebumian, dua yang mengiringi akan pulang:

a. Ahli keluarga akan pulang kerumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
b. Harta yang ditinggalkan simati akan diagih-agihkan kepada pewaris.

3. Yang kekal mengiringi si mati hanyalah amalnya. Jika banyak amal solleh semasa dia hidup dahulu – beruntunglah si mati, amal itu menjadi teman dan pembantunya.

Ayuh bersifat RAHMAH dengan membanyakkan amal solleh buat bekalan yang akan menemani kita nanti.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor