Mengakhiri Pertemuan Dengan Surah al-Ashr

كَانَ الرَّجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا الْتَقَيَا لَمْ يَفْتَرِقَا حَتَّى يَقْرَأَ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ ثُمَّ يُسَلِّمُ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ

Jika dua orang sahabat Nabi SAW bertemu maka keduanya tidak akan berpisah kecuali setelah salah satu darinya membacakan kepada yang lainnya surat Al-Ashr hingga selesai, kemudian memberikan salam. (HR Tabrani dalam Al-Mu’jam Al-Awsath No: 5097) Status : Sahih oleh Al-Albani di dalam Ash Shahihah No: 2648.

Pengajaran:

1. Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Seperti mesyuarat, perbincangan mahupun bersua muka bertanya khabar akan diikuti dengan perpisahan.

2. Antara adab apabila berpisah ialah dengan membaca surah al-Ashr sehingga tamat dan diikuti dengan ucapan salam.

3. Imam as-Syafie: andainya manusia memerhati surah ini, pasti mencukupi dan seandainya al-Quran tidak diturunkan selain surah ini, nescaya cukup bagi manusia kerana surah ini mengandungi seluruh isi al-Quran.

JOM baca surah ini apabila mengakhiri pertemuan.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor