Amalan Selepas Solat
ثَوْبَانُ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنْصَرِفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ اللَّهَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Tsauban pelayan Rasulullah SAW ia berkata; “Apabila Rasulullah SAW ingin berlalu (pergi) dari solatnya baginda beristighfar tiga kali. Setelah itu baginda mengucapkan:
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
(Ya Allah, Engkau adalah keselamatan dan dari-Mu keselamatan itu, Engkaulah pemberi barakah wahai Zat yang mempunyai keagungan dan kemuliaan).” (HR Tirmizi No: 276) Status: Hasan sahih.
Pengajaran:
Antara amalan Rasulullah selepas selesai solat:
a. Beristighfar 3 kali
b. Membaca zikir
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Ayuh, jangan bangun dari tikar sembahyang selepas salam melainkan anda telah beristighfar dan berzikir.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor