Berwuduk Sebelum Tidur
عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ بَاتَ عَلَى طُهُورٍ ثُمَّ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَسَأَلَ اللَّهَ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا أَوْ مِنْ أَمْرِ الْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ
Dari Muaz bin Jabal dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang hamba tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), kemudian ia terbangun di tengah malam, lalu ia memohon sesuatu kepada Allah dari perkara dunia atau perkara akhirat, niscaya akan di berikan kepadanya.” (HR Ibnu Majah No: 3871) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Antara adab tidur untuk setiap Muslim adalah berwuduk sebelum tidur.
2. Muslim yang tidur dalam keadaan suci kemudian bangun malam dan berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan apa yang dipinta dari perkara dunia mahupun akhirat.
Ayuh pastikan berwuduk sebelum tidur serta bangunlah dimalam hari untuk mendekatkan diri kepada Allah dan ambillah peluang memanjatkan doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor