Doa Mohon Keampunan
عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلَاتِي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Dari Abu Bakr As Siddiq radliallahu ‘anhu bahwa dia berkata kepada Nabi SAW: Ajarlah aku doa yang aku boleh baca dalam solatku. Baginda menjawab: Ucapkanlah:
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
(Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah aku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Penyayang).” (HR Bukhari No: 5851) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Berdoa adalah suatu tuntutan kepada kita sebagai hamba yang lemah
2. Antara tempat untuk berdoa ialah ketika sujud (dengan lafaz doa dalam bahasa arab) serta selepas salam.
3. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah untuk dibaca ialah doa memohon keampunan di atas kesilapan dan kesalahan sama ada disedari ataupun tidak:
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah aku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Penyayang”
Ayuh kita hafal dan amalkan doa ini.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor