Kelebihan Surah Al-Mulk

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ سُورَةً مِنْ الْقُرْآنِ ثَلَاثِينَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِيَ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang di dalamnya ada tiga puluh ayat, ia akan memberi syafaat bagi seseorang sehingga dosanya diampuni, iaitu Tabaarakalladzii Biyadihil Mulku (surah al-Mulk).” (HR Ahmad No: 7927) Status: Hasan

Pengajaran:

1. Al-Quran adalah syafaat (penolong) kepada pembacanya, pembacanya dicucuri ketenangan dan rahmat serta penawar kepada penyakit (penyakit hati dan fizikal).

2. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan mendapat syafaat diampunkan oleh Allah SWT dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.

JOM jadikan bacaan sebelum tidur

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor