Kelebihan Tasbih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah dia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: ‘Barang siapa, ketika pagi dan petang, membaca; Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak seratus kali, maka pada hari kiamat tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya kecuali orang yang juga pernah mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dari itu.’ (HR Muslim No: 4858) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim perlu sentiasa berzikir kepada Allah.
2. Zikir mengingati Allah boleh dalam bentuk lisan, hati mahupun perbuatan.
3. Antara lafaz zikir lisan ialah:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
4. Mukmin yang membaca zikir lisan di atas sebanyak 100 kali pagi dan petang, pada hari kiamat ia akan memperolehi ganjaran pahala melebihi dari orang yang tidak mengucapkannya seperti itu.
Ayuh dalam apa jua keadaan marilah kita sentiasa berzikir memuji Allah dengan lisan kita.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor