Sakit dan Kesusahan Penghapus Dosa

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مَرَضٍ أَوْ وَجَعٍ يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ إِلَّا كَانَ كَفَّارَةً لِذَنْبِهِ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا أَوْ النَّكْبَةِ يُنْكَبُهَا

Dari Aisyah berkata; Nabi SAW bersabda: “Tidaklah suatu penyakit atau kesusahan yang menimpa seorang mukmin melainkan ia menjadi penghapus dosa baginya sampai duri yang menusuknya atau batu yang ia tersandung kerananya.” (HR Ahmad No: 24173) Status Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Setiap kebaikan dan keburukan yang menimpa seorang mukmin ada hikmah disebaliknya.

2. Penyakit atau kesusahan yang menimpa ke atas seorang mukmin bertujuan untuk mengampunkan dosa dan meninggikan darjat.

3. Termasuklah musibah yang kecil seperti duri yang mencucuk ataupun kaki yang tersepak batu – juga menjadi penghapus dosa dengan syarat ia redha dan bersabar.

Jom kita bersabar dan redha di atas sebarang kesusahan dan kesakitan yang menimpa kita. Moga ia menjadi penghapus dosa-dosa kita.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor