Setiap Pemberian Makanan Itu Sedekah
عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَطْعَمْتَ نَفْسَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ وَلَدَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ زَوْجَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ خَادِمَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ
Daripada Al-Miqdam bin Ma’di Karib berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu memberi makan pada diri kamu, maka itu menjadi sedekah bagimu, jika kamu memberi makan pada anakmu maka itu menjadi sedekah bagimu, jika kamu memberi makan pada isterimu maka itu menjadi sedekah bagimu, jika kamu memberi makan pada pelayanmu maka itu menjadi sedekah bagimu.” (HR Ahmad No: 16550) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
- Setiap Muslim dituntut melakukan sedekah.
- Sedekah mempunyai ruang yang amat luas antaranya memberi atau menyediakan makanan. Setiap makanan yang di sumbang kepada orang lain, ia menjadi pahala sedekah.
- Antara bentuk sedekah seseorang ialah memberi makan kepada:
a. Diri sendiri
b. Isteri
c. Anak-anak
d. Pembantu
Tunaikanlah hak yang menjadi tanggungjawab seorang lelaki dengan menyediakan makanan yang baik lagi halal kepada diri dan ahli keluarga. Kesemua itu menjadi ganjaran sedekah untuk kita.
Berilah makan kepada yang berhak untuk mendapatkannya, terutama pemberian yang menjadi tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga. Sama ada untuk diri, anak, isteri dan pembantu.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera