Sifat Kasih Sayang Dicabut Akibat Perbuatan Keji
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali daripada orang yang celaka (berbuat keji).” (Sunan Tirmizi No: 1923) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki
2. Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji.
3. Perbuatan keji (seperti memfitnah, mengumpat dan mencela) akan menghilangkan perasaan kasih sayang kepada orang lain dan akan menjadi penyebab kepada perbuatan yang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim.
Pupuklah sifat kasih sayang dalam diri kita terhadap orang lain secara berterusan agar ia menjadi ia menjadi akhlak terpuji.
“Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama”
#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor