Tasbih, Tahmid dan Takbir Sebelum Tidur

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام شَكَتْ مَا تَلْقَى مِنْ أَثَرِ الرَّحَا فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْيٌ فَانْطَلَقَتْ فَلَمْ تَجِدْهُ فَوَجَدَتْ عَائِشَةَ فَأَخْبَرَتْهَا فَلَمَّا جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ بِمَجِيءِ فَاطِمَةَ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْتُ لِأَقُومَ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي وَقَالَ أَلَا أُعَلِّمُكُمَا خَيْرًا مِمَّا سَأَلْتُمَانِي إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا تُكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ وَتُسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتَحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Telah bercerita kepada kami Ali radliallahu ‘anhuma bahwa Fatimah ‘alaihas salam mengeluh kerana penat bekerja. Tidak lama kemudian Nabi SAW memperoleh ghanimah beberapa tawanan perang, maka Fatimah mencari baginda SAW namun dia tidak bertemu, hanya dapat menemui Aisyah dan ia menceritakan keperluannya. Ketika Nabi SAW datang, Aisyah mengkhabarkan kedatangan Fatimah. Maka Nabi SAW mendatangi kami sedang kami telah berada di tempat tidur kami. Maka aku beranjak untuk bangun namun baginda berkata: “Tetaplah di tempat kalian”. Lalu baginda duduk di antara kami hingga aku rasakan pada dadaku kaki baginda yang dingin lalu baginda bersabda: “Mahukah kalian berdua aku ajarkan perkara yang lebih baik dari yang kalian minta?. Jika kalian telah berada di tempat tidur kalian bacalah takbir tiga puluh empat kali, tasbih tiga puluh tiga kali dan tahmid tiga puluh tiga kali. Itu semua lebih baik buat kalian berdua daripada seorang pembantu”.(HR Bukhari No: 3429) Status : Sahih

Pengajaran:

1. Sebagai manusia kita mengharapkan bantuan orang lain bagi menyempurnakan pekerjaan seperti Fatimah mengharapkan dapat pembantu yang akan membantu kerja-kerja rumahnya.

2. Tasbih, tahmid dan takbir yang dilafazkan oleh sesorang sebelum tidur sebanyak 100 kali (tasbih 33, tahmid 33 dan takbir 34) lebih baik dari memiliki pembantu (hamba).

Ayuh jangan lupa zikir Tasbih (Subhaanallah), Tahmid (Alhamdulillah) dan Takbir (Allahu Akbar) sebelum kita tidur.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor