ISTIGHFAR SELEPAS SOLAT
Daripada Tsauban RA, beliau berkata:Apabila Rasulullah SAW selesai daripada solatnya, baginda akan memohon keampunan sebanyak tiga kali.
Baginda juga akan menyebut: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
(Ya Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera, daripada Engkaulah kesejahteraan. Engkau yang penuh keberkatan yang memiliki keagungan dan kemuliaan.)
Al-Walid bertanya kepada Al-Awzai’e: Bagaimanakah cara beristighfar? Beliau menjawab: Engkau sebutlah:أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ (Aku memohon keampunan Allah, aku memohon keampunan Allah).
Jom kita amalkan.

