Unit Dana Wakaf UTMKL diamanahkan untuk mengumpul dana wakaf bagi membantu kelestarian aktiviti terutamanya wakafpendidikan di UTM Kuala Lumpur. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan semua staf UTM untuk sentiasa berwakaf bersama kami bagi membantu dalam mengumpul dana bagi memasang Penyaman Udara Berpusat dan membina Dewan Serbaguna bagi memberi kemudahan yang lebih kondusif di Masjid UTM Kuala Lumpur. Staf digalakkan berwakaf menggunakan kaedah potongan gaji bulanan dengan mengisi borang di link Borang Potongan Gaji  .  Bagi staf yang telah berwakaf dan mahu menambah jumlah wakaf potongan gaji, staf boleh mengisi borang menggunakan link Borang Penambahan Potongan Gaji. Jumlah bukan ukuran tetapi keikhlasan adalah lebih utama, In Sha Allah. Untuk makluman, potongan gaji seterusnya akan bermula pada Bulan Disember 2021.

wakaf dis 2021.jpg

Kami juga sedang mengumpul dana wakaf bagi pembelian van jenazah. Staf UTM & orang awam boleh salurkan sumbangan melalui secara:

POSTER PROMOSI udwpkl_jUMAAT 12.11.21.JPG


**Setiap penyumbang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah sub-seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967