Pemimpin Yang Mendapat Ganjaran
Daripada Iyad bin Himar al-Mujashi’i RA, sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu hari menyampaikan khutbah dan Baginda bersabda: … dan sesungguhnya ahli syurga itu ada tiga jenis, iaitu (1) pemimpin yang adil pemurah serta diberikan hidayah, (2) dan lelaki yang penyayang yang memiliki hati yang lembut buat ahli keluarganya dan seluruh kaum muslimin, (3) dan lelaki yang menjaga kehormatan diri disamping menyara keluarganya… (Sahih Muslim, no: 2865)
Hadis di atas menyebut senarai pemimpin yang menjadi ahli Syurga Allah SWT. 3 golongan menjadi sebutan;
1) Pemimpin yang adil pemurah serta diberikan hidayah
2) Lelaki yang penyayang yang memiliki hati yang lembut buat ahli keluarganya dan seluruh kaum muslimin
3) Lelaki yang menjaga kehormatan diri disamping menyara keluarganya
Sepertimana yang disebutkan oleh Baginda Nabi SAW, setiap pemimpin itu ada ciri dan kriteria yang melayakkan dirinya bergelar ahli Syurga. Antaranya ialah,
1) Adil
2) Pemurah
3) Dikurnia petunjuk
4) Penyayang terhadap jagaannya
5) Menjaga kehormatan diri
6) Memelihara dan menyara keluarga
Keadilan adalah sifat pertama yang disebut oleh Rasulullah SAW dan merupakan nilai utama seorang yang diamanahkan dengan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Ingat!
Sabda Rasulullah SAW:
سبعةٌ يظلُّهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظلُّه: الإمام العادل
“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak iaitu: (1) Pemimpin yang adil… (Sahih al-Bukhari, no: 660)
https://t.me/kapsul_tazkirah