Allah Pemilik Kerajaan

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Ali Imran : 26)

Sebab Turun Ayat Di Atas;

أَخْرَجَ ابْنُ أَبِيْ حَاتِمِ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ : ذُكَرَ لَنَا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم سَأَلَ رَبَّهُ أَنْ يَجْعَلَ مُلْكَ الرُّوْمِ وَفَارِس فِي أُمَّتِهِ فَأَنْزَلَ اللهُ : { قل اللهم مالك الملك } آية

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim bersumber dari Qatādah, ia berkata: (telah) disebutkan kepada kita bahwa Rasulullah shallallāhu alaihi wasallam meminta kepada Tuhannya supaya kerajaan Rom dan Parsi dalam (kekuasaan) umatnya. Lalu Allah taala menurunkan: {Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan”}.

قَالَ ابْنُ عبَّاسٍ وأنسُ بن مَالكٍ: لَمَّا فَتَحَ رسْولُ الله – صلى الله عليه وسلم – مكةَ وَوَعَدَ أُمتَهُ مُلْكَ فَارس والرومِ، قالتْ المنافِقون واليهودُ: هيهاتَ هيهاتَ، مِنْ أَيْنَ لِمحمد ملك فارس والروم هُمْ أعزّ وأمنع من ذلك، ألم يكفِ محمدًا مكةَ والمدينةَ حَتَّى طَمعَ في ملكِ فارس والروم؟! فَأَنْزلَ الله تعالى هذِهِ الآيةَ.

Ibn Abbas dan Anas bin Malik berkata: Ketika Rasulullah shallallāhu `alaihi wasallam membebaskan kota Mekah, dan menjanjikan pada umatnya kerajaan Parsi dan Rom, berkatalah orang-orang munafik dan yahudi: “Jauh sekali, jauh sekali. Dari mana Muhammad (mampu) memiliki kerajaan Parsi dan Rom? (padahal) mereka (Rom dan Parsi) lebih mulia dan lebih kuat dari itu, tidakkah cukup bagi Muhammad Mekah dan Madinah sampai tamak ingin pada kerajaan Parsi dan Rom?” Lalu Allah menurunkan ayat ini.

Kisah ini membuktikan bahawa setiap kekuasaan itu hanya milik pencipta segala makhluk iaitu Allah Azza Wa Jalla. Sebesar dan sehebat mana sesebuah kerajaan dan pentadbirannya, akhirnya Allah yang berhak memberi kuasa pada mereka yang selayaknya.

Hari ini, kita merasakan seolah-olah manusia lah yang paling berkuasa menentukan setiap urusannya dan urusan manusia lain hingga kita terlupa ada yang lebih layak untuk kita serahkan segala-galanya iaitu Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Mari kita berdoa moga Allah kurniakan negara pemimpin yang terbaik, memiliki Kemampuan, Amanah, Jujur dan bukan yang buruk dalam menerajui Negara Malaysia Tercinta ini.

اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا

“Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.

Marilah kita keluar mengundi. Negara kita tanggungjawab kita.

https://t.me/kapsul_tazkirah