Saling Menasihati Perkara Kemestian

Sebagai seorang manusia apatah lagi bergelar Muslim, nasihat merupakan salah satu wasilah penting mencegah dan membendung kemungkaran, kejahatan dan kemaksiatan.

Dari Abu Ruqayah Tamim Ad Daari radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Agama adalah nasihat”. Kami berkata: “Kepada siapa?”. Baginda bersabda maksudnya : “Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam an-Nawawi Rahimahullah berkata:

َِ فإن لَا يمكِن الْوعظ سرا والإنكار فليفعله علانية لئلا يضيع أَصل الْحق

“Namun andai sekiranya dia tidak berupaya untuk menegur dan mengingkari pemerintah itu secara rahsia, maka tegurlah mereka secara terang-terangan. Ini adalah supaya hak (menegur kesalahan itu) tidak diabaikan.” (Sharh Muslim li al-Nawawi)

Begitu penting perbuatan menegur apabila terlihat salah laku sehingga dibenarkan untuk melaksanakan teguran secara علانية (terang-terangan) sekiranya segala cara menegur yang berhikmah telah kita laksanakan.

Kesalahan, Kemungkaran, Kemaksiatan dan Kezaliman bukan nilai yang boleh didiamkan dalam hidup seorang insan kerana pasti akan membabitkan pelanggaran hak asasi manusia yang sangat dipelihara oleh agama Islam.

https://t.me/kapsul_tazkirah