Sukacita dimaklumkan bahawa pihak KKAUTM akan mengadakan Minggu Mesra KKAUTM. Objektif program ini adalah  memperkenalkan fungsi dan peranan kesatuan kepada ahli-ahlinya. Matlamat utama program ini adalah untuk menarik lebih ramai staf UTM untuk menjadi ahli kesatuan. Minggu Mesra KKAUTM tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :-

Tarikh:14 – 21 November 2021
Masa:9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat:Bilik Kuliah 8, Blok N24

3.         Untuk makluman, pengisian Minggu Mesra KKAUTM adalah Bual Bicara oleh Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha KKAUTM. Manakala Majlis Penutupan Minggu Mesra KKAUTM akan di adakan Sembang Santai Bersama Pengarah Pengurusan Makmal Universti UTM dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Johor.

4.          Pihak KKAUTM mengharapkan agar setiap PTJ memberi kelepasan kepada staf PPP untuk menyertai aktiviti Minggu Mesra KKAUTM ini. Mata CPD untuk Staf di sediakan.

Sekian, terima kasih.

Poster Minggu Mesra KKAUTM.jpg
UTM Open Day