Merujuk kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) – SOP Fasa 3 (Kemaskini 4 Oktober 2021), sukacita dimaklumkan bahawa Gelanggang Badminton, Ping Pong dan Squash di Sports Hall 1 (SPH1) akan DIBUKA semula kepada warga kampus yang telah menerima vaksinasi lengkap bermula 17 Oktober 2021. Kaedah tempahan adalah menggunakan Google Form yang boleh diakses melalui laman rasmi FB UTM Sports Excellence.
Kami juga ingin mengingatkan kepada semua agar menjaga kesihatan dan mengikuti segala SOP yang disarankan oleh kerajaan. Sila rujuk gambar dibawah untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.