PERSIDANGAN “ADVANCING SCIENCE IN SOUTHEAST ASIA 2021 by baharinmesir | Oct 13, 2021 | News | 0 comments Malaysia Open Science Platform (MOSP) adalah berbesar hati menjemput Universiti Teknologi Malaysia untuk menyertai satu persidangan atas talian bertajuk “Advancing Science in Southeast Asia 2021”. Acara ini adalah kerjasama antara beberapa organisasi sains Asia Tenggara seperti South East Asia Open Science Network (SEANOS) dan International Science Council – Regional Office of Asia and the Pacific (ISC-ROAP). Persidangan ini bertujuan untuk melengkapkan penyelidik dengan kemahiran dan pengetahuan penyelidikan yang selari dengan arus pemodenan. Ramai pakar akan membicarakan mengenai isu-isu dan amalan yang dapat membantu memajukan ekosistem penyelidikan negara. Peserta akan dapat menonton rakaman syarahan daripada pakar pada 15 sehingga 29 Oktober 2021, dan pada hari terakhir, boleh terlibat dalam perbincangan secara maya dengan pakar penyelidikan. Terdapat juga perbincangan khusus (breakout session) bagi peserta Malaysia untuk membincangkan isu semasa dan cadangan penyelesaian untuk kemelut penyelidikan negara. Pakar daripada UTM juga turut terlibat bagi sesi perbincangan peserta Malaysia.