Berkesempatan menyertai Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC) 2016 pada:

Tarikh: 28-29 Nov 2016
Tempat: Dewan Sultan Iskandar, UTM

nasdec2016

Seminar ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di bawah kelolaan Institusi Pembangunan Felo, UTM.

Persidangan kali ini merupakan wadah lontaran dan perkongsian idea dalam kalangan  ahli akademik, kaunselor, pentadbiran, pengurus asrama, mahasiswa, pelajar dan para profesional yang terlibat dalam pembangunan pelajar sebagai strategi dan momentem dalam memperkasakan pengurusan dan pembangunan pelajar.

Objektif Persidangan

1. Mengenalpasti peranan entiti dalam pembangunan pelajar selari dengan usaha membantu melahirkan modal insan yang sentiasa releven dalam keperluan pembangunan negara.
2. Merangka strategi pembangunan pelajar dalam membantu kesejahteraan dan kelangsungan survival pelajar dalam arus pendidikan negara.
3. Mencadangkan penambahbaikan pengurusan dan pembangunan pelajar daripada perspektif ahli akademik, pentadbiran, pelajar dan para profesional.
4. Membahaskan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan pelajar.

Topik

Tema: “Memperkasa Potensi Mahasiswa Ke Arah Aspirasi Negara”

Skop:
– Halatuju Budaya Keusahawanan dan Kesukarelawanan
– Kemajuan inovasi dalam pembangunan pelajar
– Pembangunan jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelektual pelajar
– Impak isu globalisasi dalam pembangunan pelajar
– Ekosistem pengajaran dan pembelajaran masa kini
– Kemudahan sokongan untuk pembangunan pelajar
– Pelestarian kampus dalam kelangsungan survival pelajar