Bulan Keluarga Malaysia.jpg

Institusi keluarga merupakan unit terkecil dalam sesebuah masyarakat dan merupakan asas terpenting  dalam pembinaan sesebuah negara. Maka sehubungan itu, konsep ‘Keluarga Malaysia’ telah dilancarkan yang menggariskan tiga teras utama iaitu, keterangkuman (inclusivity), kebersamaan (common ground) dan kesyukuran (contentment) dengan visi jangka panjang bagi membangunkan negara. Konsep ini berlandaskan sebuah institusi keluarga sentiasa berperanan memelihara agama, melindungi keselamatan, menjaga maruah dan memastikan nasib setiap ahli keluarga terbela.

Bagi pengkayaan nilai-nilai di bawah tiga teras berkenaan, turut  ditekankan keperluan menyemai budaya integriti dalam keluarga, menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga dan menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga. Nilai-nilai lain termasuklah menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga, menyuburkan budaya komunikasi berhemah dalam kalangan keluarga dan masyarakat serta membina akhlak mulia seluruh anggota keluarga. 
Mulai tahun ini Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada bulan November setiap tahun dikenali sebagai BULAN #KELUARGA MALAYSIAPada tahun ini, Bulan Keluarga Malaysia memberi fokus kepada lima nilai pengkayaan Keluarga Malaysia iaituK.A.S.I.Hyang merangkumi kasih sayang, akhlak atau peribadi mulia, sihat fizikal dan mental, berilmu dan harmoni sebagai nilai yang perlu ada dalam setiap ahli keluarga.