Berharap Tidak Beroleh Pemimpin Zalim dan Penipu
“Daripada Jabir bin Abdullah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda kepada Ka’b bin ‘Ujrah RA: (mudah-mudahan) Allah memelihara kamu dari kepemimpinan orang-orang yang bodoh. Ka’b bertanya: Wahai Rasulullah, apakah itu kepemimpinan orang yang bodoh? Rasulullah menjelaskan: (iaitu) Para pemimpin yang muncul selepas dariku, tetapi mereka tidak menggunakan petunjukku, dan mereka tidak mengamalkan sunnahku. Barangsiapa yang membenarkan penipuan mereka, atau membantu kezaliman mereka, maka mereka itu adalah bukan dari umatku. Dan aku bukan sebahagian dari mereka. Mereka tidak akan dapat minum di telagaku (di akhirat kelak). Barangsiapa yang tidak membenarkan penipuan mereka dan tidak membantu kezaliman mereka, maka dia adalah sebahagian dari umatku dan aku adalah sebahagian darinya, dia akan dapat minum di telagaku kelak. (Musnad Ahmad, no: 14441)
Imam at-Tayyibi menyebut;
سفهاء موصوفون بالكذب والظلم
“Orang-orang bodoh itu adalah mereka yang disifatkan dengan penipuan dan kezaliman.” (Mirqah al-Mafatih)
Pemimpin yang zalim dan suka menipu orang bawah adalah termasuk golongan سفهاء (bodoh) yang disebut dalam Hadis.
Kita dilarang menjadi pemimpin yang سفهاء dan turut diminta untuk tidak membantu pemimpin yang سفهاء agar terselamat dari kejahatan dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
https://t.me/kapsul_tazkirah