Kejadian Gerhana Tanda Kekuasaan Allah SWT
Pernah suatu ketika, saat kematian anak Baginda Nabi Muhammad SAW, tersebar dalam kalangan masyarakat Arab bahawa kemunculan gerhana merupakan tanda atas musibah kehilangan anak Rasulullah SAW yang dikasihi. Maka bersabda Rasulullah SAW;
Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW telah bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلَاةِ وَقَالَ أَيْضًا فَصَلُّوا حَتَّى يُفَرِّجَ اللهُ عَنْكُمْ
Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari)”
Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901). Hadis dengan lafaz Muslim.
Dalam hadis lain pula juga menjelaskan fenomena gerhana adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah Azza wa Jalla;
عَنْ أَبِي مُوسَى الأشعري قَالَ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلَاةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذِهِ الْآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لَا تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ
“Dari Abi Musa al-Asy’ari R.A, beliau berkata: Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah SAW, lalu (Baginda) berdiri dalam keadaan takut, kerana khuatir (bimbang) hari kiamat telah tiba, sehingga Baginda tiba di masjid, Baginda berdiri lalu solat, rukuk, dan sujud dengan sangat lama. Aku sama sekali tidak pernah melihat Baginda melakukan seperti itu di dalam mana-mana solat pun. Kemudian Baginda bersabda:
Perbanyakkan lah solat, zikir dan doa terutama pada saat ujian bencana alam seperti Banjir ini semakin banyak kita dengari. Mohon agar dikurniakan perlindungan dan keselamatan sepenuhnya daripada Allah, pemilik ‘Arasy dan yang Maha Agung.
https://t.me/kapsul_tazkirah