Wujud pelan transformasi perumahan
Oleh Profesor Dr Ismail Omar

BAJET 2017 sudah dibentangkan. Masih ada ruang dan peluang untuk memperkasakan sektor perumahan negara. Justeru, sampai masa kita wujudkan Pelan Induk Transformasi Perumahan Negara (PITPN) sebagai panduan merangkumi kerangka perundangan dan sosioekonomi berkaitan perumahan dan kaedah perlu diambil untuk melaksanakannya. Sudah tentu PITPN ini perlu dibentuk dengan mengambil kira semua isu perumahan sejak sebelum merdeka hingga kini. Juga, unjuran dan ramalan pada masa depan.
Lebih penting lagi, ia mesti memberi penekanan kepada semua unsur di bawah Dasar Perumahan Negara (DPN) dan tahap pencapaiannya setakat ini, selain keperluan pada masa depan. Jika tahap pencapaian memuaskan, perhatikan punca kejayaannya. Jika ada sasaran yang gagal dicapai, carilah punca kegagalan untuk memperbaiki dan jalan penyelesaiannya. Jelas sekali, PITPN adalah strategi perancangan perumahan jangka panjang, mungkin sehingga 2050.
Kata Profesor Radcliffe dari United Kingdom, pembangunan hartanah membabitkan tempoh yang panjang. Adakalanya sehingga lima tahun atau lebih lama lagi. Tempoh ini disebabkan pembangunan hartanah membabitkan pelbagai pihak dengan motif, strategi dan tindakan yang pelbagai. Begitu juga dengan proses dan prosedur yang panjang. Dalam memajukan hartanah perumahan, isu berkaitan semua pemain utama seperti pemaju, pemilik, pembeli, pihak bank dan juga ahli profesional hartanah perlu diteliti. Kemudian, penyelesaian mengikut kaedah amalan terbaik boleh dilaksanakan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/210386
