BAHARUDIN BIN MASTARI

Bachelor in Business Administration, BBA(Hons.), UUM

Baharudin bin Mastari dilahirkan pada 21 Januari 1968 di Parit Bangas, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.  Beliau telah  berkhidmat di UTM selama lebih 25 tahun.  Sebaik sahaja melapor diri di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 8 Disember 1995 sebagai Penolong Pendaftar (Gred N3), beliau ditempatkan di Perpustakaan  Sultanah Zanariah, UTM Johor Bahru, Johor.  Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Dengan Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun 1995.  Beliau mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia, pentadbiran am, pentadbiran kewangan, pembangunan Universiti, OSHE, inovasi dan transformasi pentadbiran dan organisasi, sistem automasi pejabat dan pengurusan laman web.

Beliau bertugas sebagai Timbalan Pendaftar N48  di Unit Endowmen, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Johor Bahru mulai 1 Mac 2018 hingga sekarang.
Sepanjang perkhidmatan di UTM, beliau pernah berkhidmat di beberapa jabatan iaitu di Perpustakaan Sultanah Zanariah bagi menguruskan segala aspek dalam Pengurusan Sumber Manusia (HRM) mulai 8 Disember 1995 hingga 1 Jun 2002.

Bagi pembangunan kerjaya, beliau telah dipindahkan ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan & Perancangan Korporat)/Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) mulai 2 Jun 2002  hingga 9 Oktober 2008 dan beliau merupakan Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)/(Penyelidikan & Inovasi).

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai kepada Naib Canselor Pejabat Naib Canselor mulai 24 Oktober 2008 hingga 25 Oktober 2013.  Untuk menambah pengalaman di UTM di peringkat fakulti, beliau  pernah bertugas sebagai Timbalan Pendaftar di Akademi Bahasa UTM Johor Bahru mulai 24 September 2013 hingga 28 Februari 2018.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pendaftar Gred N44 pada 4 April 2008.  Pernah memangku jawatan Timbalan Pendaftar (Gred 48) di Pejabat Naib Canselor mulai 1 Januari 2011 hingga 7 Ogos 2012 sebelum dinaikkan pangkat Timbalan Pendaftar Gred N48 pada 8 Ogos 2012.  


Sepanjang tempoh perkhidmatan di UTM, beliau turut menyumbang kreativiti dan inovasi bagi meningkatan tadbir urus UTM, sistem penyampaian, automasi pejabat dan sistem kerja selaras dengan status UTM sebagai Universiti Penyelidikan berteraskan entrepreneurial (Entrepreneurial Research University).  Beliau menyokong pelbagai usaha dan alternatif pihak UTM untuk menjana pendapatan sendiri dan pengurangan perbelanjaan operasi melalui pelbagai usaha perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat antaranya sumber manusia, bahan bakar, utiliti, kertas dan seumpamanya agar selari dengan  maltlamat UTM untuk menjadikan persekitaran kampusnya sebagai “Kampus Lestari”.

Semasa pengalaman pertama bertugas di peringkat fakulti iaitu, di Akademi Bahasa (25 Oktober 2013 – 28 Februari 2018) beliau telah menguruskan pentadbiran akademik, sumber manusia, pengurusan fasiliti, dan pengurusan bangunan lain-lain dengan baik.  Memandangkan Akademi Bahasa masa itu baharu sahaja mengambil alih bangunan blok D05 dan blok D06, beliau telah menubuhkan Jawatankuasa Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSHE) untuk memastikan perjalanan pengurusan dan pentadbiran bangunan memenuhi Akta Kesihatan dan Pekerjaan (Akta OSH).  Sebagai setiausaha OSHE, beliau telah berjaya menyediakan dokumentasi OSHE bagi Akademi Bahasa untuk rujukan Audit OSHE di peringkat UTM.

(Foto:  Dis 2017 –  Akademi Bahasa)

Selain itu beliau membuat invovasi untuk melaksanakan automasi pejabat dan system pentadbiran atas talian merangkumi pendaftaran matapelajaran umum secara atas talian yang ditawarkan oleh Akademi Bahasa, Sistem Pengurusan Mesyuarat dan serta melaksanakan penjimatan kertas (paperless) dalam urusan pentadbiran.

Foto dari kiri ke kanan: Cycling Tours with Dato’ Vice Chancellor, Program Gotong Royong membina wakaf,  Night Visit with Vice Chancellor.(2008- 2013)

Pengiktirafan /Anugerah

Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan kecemerlangan kerja, beliau telah dianugerahi oleh UTM dengan anugerah seperti berikut:

PERIBADI

  1. Anugerah Staf Terpuji, 2019, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM
  2. Anugerah Jasa Bakti (20 tahun Berkhidmat), 2019, UTM
  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, UTM, 2017
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, UTM 2012
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, UTM, 2006
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, UTM, 2003

JABATAN/UNIT

  1. Anugerah Inovasi Naib Canselor (2019) – Tempat Kedua (RM3,000), Unit Endowmen

– Projek Sistem  Bidaan Nombor Pendaftaan UTM (UTMeBid), Citra Karisma 2020

  • Finalis Anugerah Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2019) – Akademi Bahasa (2018), Citra Karisma 2019

(Foto: Majlis Pemyampaian Biasiswa Endowmen Azman Hashim Sesi 2018/2019, Royal Widad Residensi UTM Kuala Lumpur, 22 April 2019)

(Foto: Akademi Bahasa, Sept 2017)

MENYOKONG KE ARAH BUDAYA KERJA UTM LEBIH EFEKTIF DAN EFISYEN

Unit Endowmen ( Mac 2018 hingga sekarang (2021)),  beliaumenyediakan kertas kerja untuk yang telah mendapat kelulusan Universiti dan mengurukan Unit Endowmen antaranya:

  1. Penguruskan Pembangunan Sistem Jualan Nombor Pendaftaan Khas UTM – UTMeBID (2019) – Sistem secara online – bida@utm.my
  1. Membantu pihak Universiti menguruskan fundraising Tabung Khas Bantuan Covid-19 UTM, Menguruskan bayaran bil makanan pelajar UTM sepanjang temapoh PKP 2020, Fundraising Tabung Bantuan Maznah (RM50,000), Fundraising Tabung Bantuan Pembinaan Semula Adik Syafiq dan lain-lain
  1. Menguruskan maklumat bagi laporan Endowmen, Laporan MYRA, dan lain-lain laporan mengenai Endowmen UTM yang diperlukan dari semasa ke semasa
  1. Menyelaras dan menyusun semula 40 Chargeline Tabung Endowmen/Fakulti/Sekolah agar lebih teratur dna sistematik
  • Menyediakan dokumen Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), Unit Endowmen UTM (2020)
  • Cadangan Penganjuran Program Latihan Dan Pembangunan Sumber Manusia Serta Cadangan Agihan Pendapatan Yang Dilaksanakan Oleh Pihak Fakulti, Sekolah, Pusat Tanggungjawab Dan Individu Dengan Kerjasama Unit Endowmen UTM bagi menjana dana Tabung Endowmen UTM
  • Cadangan Mewujudkan Tabung Endowmen  Pelajar Antarabangsa Dengan Menggunakan Wang Bond Yang Disumbang Dan Yang Tidak Dituntut Untuk Dimasukkan Ke Tabung Endowmen Pelajar Antarabangsa UTM
  • Cadangan Mewujudkan Biasiswa Kecemerlangan Sukan Bagi Biasiswa Endowmen Azman Hashim yang akan ditawatkan pada sesi akademik 2019/2020

Menyumbang  dua (2) cadangan projek kumpulan  semasa Leadership Development Program pada tahun 2017 yang dibimbing oleh YBhg. Prof Datuk Razali Mahfar iaitu:

  1. Cadangan Peperiksaan Perkhidmatan Staf UTM Secara Atas Talian
  2. Cadangan Penawaran Program Persijilan Dalam Pengurusan Pendidikan Tinggi
  3. Graduate Certificate In Higher Education  Administration
  4. Postgraduate Certificate In Higher Education Administration & Leadership

Beliau telah menyumbang idea, kreativiti dan inovasi untuk memajukan tadbir urus UTM antaranya dengan membangunkan:

 (1)       Sistem Perjalanan ke Luar Negara Bagi Staf UTM pada tahun 2011.

             (i) Sistem Perjalanan Rasmi (Borang A)

            (ii) Sistem Perjalanan Persendirian (Borang C)

            Kos Pembangunan Sistem: RM39,500.00

(2)        Sistem Pengurusan Mesyuarat Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (2008) merupakan inisiatif kepada penggunaan Sistem Pengurusan mesyuarat di UTM secara elektronik dibangunkan oleh pihak CICT;

(3)        Menyarankan agar Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) serta dan menggunakan sistem mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa OSHE Pejabat Canseleri, Penyelarasan Pentadbiran Canseleri (2010) yang telah dibangunkan oleh CICT;

(4)        Menyarankan untuk membangun dan menambahbaik sistem surat dalaman secara manual kepada sistem surat UTM secara elektronik kini dalam peringkat kajian semula untuk disinambungkan dengan Sistem Fail dan Sistem Elektronik Management Sistem (EMS). Beliau turut menyumbang idea dan kreativiti untuk melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran UTM secara elektronik (e-admin), Sistem Surat Dalaman (e-SSD);  

(5)        Menggerakkan pelaksanaan Electronic Management System (EMS) di UTM khususnya di Pejabat Canseleri;

(6)        Beliau secara tidak langsung bertindak sebagai pengurus IT/System Administrator Pejabat Naib Canselor bagi melihat keperluan perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT semasa dan pembangunan laman web.

Gambar:  Sistem Perjalanan Ke Luar Negara Bagi Staf UTM – Sistem Perjalanan Rasmi Dan Sistem Perjalanan Persendirian yang boleh dicapai atas talian (online system). https://hrfin.utm.my/oversea

 Beliau berpendapat supaya UTM melaksanaan Pentadbiran Elektronik Universiti (e-admin) yang berupaya menggurangkan penggunaan kertas (paperless) sekurang-kurangnya mencapai 70 peratus menjelang tahun 2012, 80 peratus tahun 2013 dan mencapai sehingga 90 peratus menjelang 2015 dalam pelbagai urusan pentadbiran dan pengurusan akademik, pengurusan mahasiswa, pengurusan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaraan, sistem perpustakaan, sistem pengurusan penyelidikan, pengurusan inovasi dan harta intelek, pengururusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan perpustakaan, pengurusan latihan mengajar dan praktikal mahasiswa, pengurusan harta dan ruang, pengurusan dokumen, perkhidmatan perubatan dan  pengurusan mesyuarat serta lain-lain lagi.   Pelaksanaan e-admin secara holistik di UTM berupaya mengurangkan penggunaan kertas, staf dan menjimatakan kos perbelanjaan operasi (kertas) universiti selaras dengan hasrat UTM kini berstatus Entrepreneurial Research University dan Autonomy University.

Pada tahun 25 Oktober 2013, beliau telah dipindahkan dari Pejabat Naib Canselor ke Akademi Bahasa.  Sepanjang tempoh perkhidmatan di Akademi Bahasa, beliau telah melaksanakan inovasi untuk meningkatkan sistem penyampaian dan tadbir urus antaranya dengan melaksanakan:

  1. Sistem Pengurusan Mesyuarat Secara Atas Talian ( Oktober 2013)
  2. Pendaftaran Subjek Umum Secara Atas Talian Kursus bahasa Inggeris, Bahasa Asing (Sesi 2014/2015)
  3. Penubuhan Jawatankuasa (Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) Akademi Bahasa sebaik sahaja memgambilalih bangunan D05 dan D06 sebelum ini adalah bangunan Fakulti Pengurusan (Jan 2014)
  4. Menyediakan dokumentasi OSHE Akademi Bahasa untuk keperluan Audit OSHE UTM
  5. Sesi perjumpaan dan doa awal minggu

Pembangunan Sekolah Arab UTM

Pertambahan mahasiswa dari Timur Tengah di UTM menjadi faktor pendorong kepada penubuhan Sekolah Arab di UTM yang beroperasi tidak formal dan tenaga pengajar daripada  kalangan mahasiswa Arab dan komuniti Arab di UTM.   Beliau begitu perhatin kepada perkembangan pendidikan kepada komuniti Arab sebahagiannya mereka kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka di sekolah antarabangsa di sekitar Johor Bahru atau Singapura.  Pada awal tahun 2010, sebagai wakil pihak Universiti, beliau telah membuat inisiatif supaya penempatan Sekolah Arab buat sementara di ruang bawah Pusat Islam/ Masjid UTM.  Kertas kerja cadangan telah dimajukan untuk penempatan semula iaitu di Kolej Perdana UTM telah dimajukan keapa Pejabat Harta Bina.

Budaya Pemimpin “Turun Padang

Pada pandangan beliau, seorang pemimpin tidak hanya menjalankan tugas  dalam persekitaran pejabat sendiri, mempengerusikan atau hadir dalam pelabagi mesyuarat dalam atau luar pejabat, menerima para tamu universiti, menghadiri pelbagai majlis anjuran universiti dan pihak luar UTM, tetapi seharusnya seorang pemimpin, pengurus, ketua, sesekali perlu  sesekali “turun padang” bagi meninjau, menyelidik, memantau serta mendapatkan maklumbalas dari staf serta bertanya permasalahan secara tidak formal seperti yang dilakukan oleh Naib Canselor sekarang antaranya ialah Program Lawatan Kampus Bersama Naib Canselor, Cycling Tours with Dato’ Vice Chancellor Program, Night visit with Vice-Chancellor Program dan sebagainya.  Sebagai salah seorang pegawai UTM yang berkhidmat di Pejabat Naib Canselor.  Beliau terlibat secara langsung dalam menguruskan program turun padang bersama Naib Canselor, Program Lawatan Kampus Bersama Naib Canselor, Cycling Tours with Dato’ Vice Chancellor Program, Night visit with Vice-Chancellor Program dan sebagainya.  Hasil daripada pemerhatian program  dan maklumbalas, memang tidak dapat dinafikan bahawa perancangan dan pengurusan kerja perlu ada peraturan dan tatacara kerja, bagaimanapun sepatutnya kita tidak terlalu menekankan kepada proses semata-mata tetapi melihat kepada keberkesanan dan outcome dari kerja yang dilakukan.

Mengangkasa pentadbir UTM

Selain itu, beliau berpendapat, sebagai pentadbir yang berada dalam lingkungan Universiti Penyelidikan berteraskan keusahawanan, sudah pasti kita mempunyai daya fikir lebih futuristik dan berupaya berfikir di luar kotak  (Thinking out of the box) untuk memperkasa pentadbiran, penjimatan perbelanjaan serta usaha-usaha penjanaan pendapatan Universiti. Strategi untuk meningkatkan tadbir urus dan kecekapatan perkhidmatan dan pengurusan UTM boleh dilakukan antaranya ialah pengambilan staf yang mempunyai kelayakan yang lebih spesifik dan relevan agar menepati keperluan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab di UTM.  Selain itu, pengoftimuman sumber tenaga manusia dengan menggunakan tenaga manusis yang kompeten dan terlatih serta dibantu dengan sistem ICT dan sistem maklumat pengurusan dan kewangan.  Universiti perlu menghargai staf yang berpengetahuan dan berpengalaman luas serta kompeten dalam mengurus universiti tanpa mengira dijabatan/fakulti mana mereka ditugaskan. Organisasi yang berjaya khususnya dalam pengurusan modal insan,  antaranya perlulah memiliki sistem penggantian yang sistematik serta dikomunikasikan kepada stafnya.   UTM telah memberi peluang dan ruang kepada staf  pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, sarjana muda, master  ke peringkat Doktor falsafah.  Bagaimanapun, pihak Universiti juga perlu memastikan kursus yang diambil semasa pengajian menepati keperluan masa hadapan UTM, di mana pentadbir perlu memiliki pelbagai kemahiran sebagai “niche” seseorang pentadbir, antaranya pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik, perhubungan awam, pengurusan strategik, pengurusan risiko, pengurusan kualiti, pengurusan pemasaran, dan sebagainya. 

Dalam era IT masa kini, semua staf UTM perlu kompeten dalam pelbagai tugas operasi termasuklah kemahiran ICT iaitu  mahir menggunakan Sistem Maklumat Universiti, Sistem Pengkomputeran Pentadbiran (Administrative Computing System), Sistem Pengkomputeran Akademik (Academik Computing System) dan lain-lain aplikasi.  Kemahiran berbahasa selain Bahasa Melayu, khususnya Bahasa Inggeris dapat meningkatkan komunikasi peringkat antarabangsa.   Pihak pentadbiran UTM perlu membangunkan sistem mentor-mentee di mana pentadbir senior yang berpengalaman dalam pelbagai pentadbiran dan pengurusan universiti perlu dilantik sebagai pembimbing/mentor kepada staf baru agar pentadbir atau staf baru cepat mempelajari ilmu  mengurus.  peka dan bijak mengurus perubahan serta bersifat warak. 


Malaysia akan mencapai tahap negara maju menjelang 2020, UTM telah bersedia dengan Pelan Global UTM 2012-2020 yang dinyatakan dalam Buku Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2012.  Maka,  sebagai staf universiti beliau amat yakin bahawa sistem tadbir urus dan sistem penyampaian dapat ditingkatkan ke tahap lebih efektif dan efisyen sekiranya sesebuah organisasi mempunyai modal insan yang kompeten serta dibantu dengan pelbagai sistem yang membantu mencepatkan kerja-kerja rutin dengan cepat, tepat dan kemas. Warga kerja UTM perlu mentranformasikan cara kerja lama yang dibuat secara manual beralih secara berperingkat kepada sistem elektronik adan ICT.  

Sumbangan Berkesan Pembangunan UTM

Dalam tempoh berkhidmat di UTM, beliau telah menyumbang kepada kelangsungan pembangunan UTM.  Beliau merupakan pegawai di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan dan Perancangan Korporat) pada masa itu (2002-2008) telah yang ditugaskan bagi menguruskan untuk mengekalkan status tanah yang menjadi tapak UTM Cawangan Kuala Lumpur seluas 19.268 Hektar bagi pembangunan semula kampus UTM Cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Semarak kini di kenali sebagai UTM International Campus.  Setelah melalui pelbagai proses yang diperlukan oleh Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan akhirnya pemilikan tanah berstatus Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah bertukar kepada pemilikan tanah dengan pajakan selama 99 tahun (1.1.2003 – 31.12.2101) atas nama UTM selesai (8.8.2008)dan pembangunan semula kampus tersebut kini rancak berjalan dan sebahagian bangunanan telah siap dibina. 

Selain itu, beliau ditugas untuk menguruskan bayaran premium Kurniaan Tanah Kerajaan PTD 1676 Seluas 87.17 Hektar Dan PTD 1677 Seluas 38.77 Hektar di Bandar Penawar Mukim Tanjung Surat Kurniaan Kerajaan Negeri Johor untuk tujuan pembangunan kampus cawangan Universiti Teknologi Malaysia.  Beliau adalah pegawai UTM yang bertindak sebagai perantara bagi menguruskan permohonan UTM mendapatkan pengurangan bayaran premium tanah kurniaan Kerajaan Negeri Johor di PTD 1676 seluas 87.17 hektar dan PTD 1677 seluas 38.77 hektar, Mukim Tanjung Surat, Kota Tinggi.  Setelah melalui pelbagai proses dan sesi pertemuan dengan pihak KEJORA dan Pejabat Tanah dan Galian Johor, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju meluluskan pengurangan premium dari RM13,625,883 KEPADA RM6,850,906.60 (19.11.2003). 


Beliau dilantik sebagai Panel Penilai Program Pelan Pembangunan Individu (IDP) bagi gred 48 ke bawah mulai tahun 2013 hingga 2018 dan Mentor bagi Program Advance Pelan Pembangunan Individu (AIDP) bagi gred 48 ke bawah mulai tahun 2017.

Beliau merupakan fasilitator Kursus Induksi  Umum dan Khusus Bagi Perkhidmatan di UTM mulai 2004 hingga 2013 dan  Pelan Transformasi Minda (PTM) mengikut keperluan semasa,  Ahli Panel Penilaian Tahap Kecekapan Staf Sokongan UTM 2011, menyertai pelbagai jawatankuasa, task force  program  anjuran universiti.   Beliau pernah menyertai sukan antara jabatan UTM dalam sukan bola tampar  mewakili jabatan dalam sukan antara jabatan UTM. 

Foto dari kiri ke kanan: semasa menjadi fasilitator Kursus Induksi 2011

Beliau mengajak dan menyarankan agar semua warga UTM memahami dan melaksanakan Pelan Global UTM 2012-2020 bersungguh-sungguh, tekun, integriti dan penuh ikhlas!  Marilah kita bersatu, bersinergi untuk memajukan UTM supaya tersohor di persada antarabangsa.  Beliau telah mendirikan mahligai rumah tangga dengan pilihan hatinya Sumi binti Isman dan dikurniai Allah SWT dengan empat (4) orang cahaya mata iaitu tiga (3) perempuan dan seorang lelaki.