Memilih yang sepuluh, seperti anjuran pilihan buku oleh Menteri Pendidikan.
Harus yang sepuluh itu diutamakan terlebih dulu untuk kluster pendidikan tinggi.
1. Excellence Without Soul
2. Excellent Sheep
Dua yang pertama ini berkongsi keresahan apakah makna kecemerlangan, terutamanya dalam konteks pembangunan pelajar.
3. The Origins of Higher Education
4. Revolution in Higher Education
Dua buku ini memberikan imbalan pendidikan tinggi dalam kedua-dua arah, daripada mana asalnya dan ke mana akan dibawa.
5. Ainuddin Pejuang Degil Melayu
6. Menjayakan Kelangsungan Sebuah Universiti
Dua buku ini adalah buku milik UTM; yang pertama memberikan gambaran apa, siapa, kenapa dan bagaimana UTM. Yang kedua adalah ingatan sumbangan ilmu yang mula-mula untuk UTM.
7. Big Man on Campus
8. Aku dan Amanah-Mu
Kedua-duanya adalah biografi kepimpinan universiti. Sememangnya tidak banyak kedapatan buku biografi presiden ataupun ketua institusi universiti seperti Naib Canselor. Yang pertama adalah buku yang pertama dijumpai di pasaran, yang kedua adalah buku penceritaan pengalaman dalam pembentukan landskap pendidikan tinggi negara.
9. Peranan Universiti: Pengislaman Isu Semasa
Sungguh, mana boleh ditinggalkan aspirasi dan pandangan penulis yang sentiasa membangun akal dan menyubur hati kedamaian.
10. Socrates in the Boardroom
Buku yang sentiasa mengingatkan tentang budaya kesarjanaan dalam gerakan kepimpinan institusi pendidikan tinggi.