Buat julung kalinya, buku yang mengandungi gabungan teori, praktis dan modul latihan berstruktur berkenaan komunikasi sains telah berjaya diterbitkan.

Penulisan melalui buku ini merupakan perkongsian autentik yang dipersembahkan melalui pengetahuan, pengalaman dan kepakaran tempatan; dengan latar belakang penulis-penulis yang bersepadu.

Kandungan khusus buku merangkumi pengenalan kepada komunikasi sains, pemprofilan khalayak tumpuan, perihal isi penting, penyampaian sains melalui penulisan, tatacara komunikasi lisan dan komunikasi sains melalui media sosial.

Suluhan komunikasi sains melalui lensa Malaysia ini turut relevan dalam konteks global, dan telah diterbitkan melalui platform Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM).

Projek penerbitan berimpak YSN-ASM ini berupaya menjadi panduan untuk para saintis, penyelidik, guru, malahan pengamal media dalam memenuhi hasrat untuk menyampaikan sains melalui komunikasi yang mudah difahami, termasuk menarik minat generasi muda dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Untuk maklumat lanjut dan pra-tempahan versi buku salinan cetak, sila rujuk portal:
https://www.akademisains.gov.my/science-communication/

Montaj majlis pelancaran buku:
https://youtu.be/owZ7QQyYVOg

Siaran majlis pelancaran buku yang disempurnakan oleh YBM MOSTI:
https://fb.watch/cDuPrmfXRQ/

Rangkuman program:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2075871

https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2022/04/836222/mosti-gesa-pencarian-lebih-ramai-saintis-muda

https://www.bernama.com/en/news.php?id=2075914

https://www.facebook.com/100064369942037/posts/361019616053700/?d=n

Barisan Penulis:
Khayriyyah Mohd Hanafiah
Wan Abdul Matiin Wan Kamil
Abhimanyu Veerakumarasivam
Danial Abdul Rahman
Fatimah Salim
Magaret Sivapragasam
Murni Wan Mohd Nor
Mohd Bakri Bakar
Rosdiadee Nordin

❤️