Dalam dunia digital, ramai yang bukan lagi sekadar berhubung; tetapi sudah terjerat. Itu menurut catatan buku ‘Age of Discovery’ tulisan Profesor ternama dari Universiti Oxford.
Penjeratan tersebut melangkaui norma perhubungan melalui tiga cara:
1. Terkurung bersama.
2. Tersimpul.
3. Bersaing.
Seharusnya kita mampu memilih untuk berhubung berdasarkan kesukaan, kesenangan dan kemahuan masing-masing. Namun kerapkali kita tidak mampu lagi mengelak dan perlu menghadapi kedatangan arus deras yang adakala membawa bersamanya keburukan.
Jika dibiarkan, kita boleh terjerat dan terperangkap dalam kurungan tersebut. Lebih teruk, kita juga boleh terjerat melalui tambahan simpulan-simpulan berbentuk baharu. Sedangkan simpulan berbentuk lama juga belum mampu lagi dirungkaikan terutama dalam konstruski sosial dan tatalaku kehidupan.
Malah ‘ berhubung’ juga harus membawa makna keluhuran dalam menghulurkan jalinan bersama atas semangat kerjasama. Namun kini, berhubung bentuk baharu semakin menjeratkan lagi manusia dengan persaingan tanpa sudah, membina keraguan dan iri hati, lalu mendobrak tatasusila untuk mencapai cita-cita.
Dengan itu, bagaimanakah kerja buat yang harus dilakukan untuk merungkaikan jeratan tersebut?
Dan kembali memberikan makna dan asas tujuan ‘berhubung’.
We are not only connected, but we are entangled now. Our entaglement goes beyond connectedness in three important ways:
1. Stuck together
It is less optional eventhough ‘to connect’ suggests choice. We cannot easily untangle ourselves such as from the bads flow in new variety and volume.