Satu demi satu membilang hari,
Sekian detiknya menganjaklah pergi,
Mengiring seluruh limpahan bakti,
Melangsung ajar membina lestari,
Menerang ilham secerah mentari,
Menyulam hikmah mengadun bestari,
‘Amal ditinggal jua diteladani,
Untuk kita yang masih di sini.