Monumental klasik ini yang tersergam kukuh di pusat utama urustadbir UTM dinamakan ‘Loh Hijrah’.
Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah Itu Persaudaraan.
Loh Hijrah ini membawa erti penghargaan dan nilaian meraikan hijrahnya sebahagian besar kakitangan universiti dari Kuala Lumpur ke Johor pada sela 1980-an.
Inilah yang selalu diingatkan di kalangan warga; waima perubahan yang dituntut dalam konteks semasa-teringatlah kita adakah ianya akan setanding dengan hijrahnya fizikal, jiwa dan raga yang pernah berlaku pada dekad sebelumnya.
Secara hakiki, Loh Hijrah juga mendekati kefahaman terhadap asbab penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bagi tujuan meningkatkan kebaikan demi agama.
Ayat yang ditulis bersama Loh Hijrah tersebut dimulai dengan Bismillah-dengan nama Allah yang membawa ma’na pendahuluan dunia keilmuan adalah dengan bimbinganNya.