Agenda penyelidikan translasional telah dimulakan dalam bidang perubatan di mana inisiatif penyelidikan di makmal universiti dimanfaatkan oleh doktor perubatan dan hospital dengan konsep ‘bench to bedside’.

Menurut NIH Institut Kesihatan Amerika Syarikat, penyelidikan translasional mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama adalah dengan mengaplikasikan penemuan penyelidikan di makmal ataupun kajian pra-klinikal kepada kajian terhadap manusia. Bahagian kedua adalah dengan memastikan hasil penyelidikan berkesan apabila diterjemahkan untuk manfaat masyarakat. Hal ini termasuklah keberkesanan kos.

Justeru, kaedah penyelidikan translasional juga boleh diperluaskan untuk bidang penyelidikan yang lain.

Rujukan https://experts.utm.my/expanding-the-research-horizon/

Untuk permulaan, inisiatif penyelidikan translasional melangkau kampus universiti perlu diperkasakan bagi menyediakan penyelesaian terhadap kepelbagaian pemasalahan masyarakat dan industri. Agenda penyelidikan translasional membolehkan universiti memenuhi keperluan dan meningkatkan kualiti kehidupan komuniti.

Fokus penyelidikan berimpak menerusi agenda translasional adalah penting untuk membangunkan kesejahteraan sosial dan ekonomi, meningkatan kualiti pendidikan, membangunkan infrastruktur asas, memastikan kecukupan dan keselamatan bekalan makanan, menghadapi perubahan iklim dan ekosistem alam, meningkatkan kesihatan dan menjamin keselamatan negara.

Secara khusus, tujahan nic penyelidikan translasional Malaysia perlu di padankan bersama tema global Matlamat Pembangunan Mampan SDG yang mempunyai asas daripada Matlamat Pembangunan Millenium MDG.

Walaubagaimanapun, terjemahan isu global perlu di petakan dengan isu lokal bagi menetapkan bidang keutamaan negara.

Setiap satunya perlu diberikan perspektif melibatkan kesedia-adaan dan kesediaan negara serta libatsama komuniti dan industri bagi menyelesaikan pemasalahan yang kompleks. Ini kerana penyelidikan translational memerlukan gabungan kepakaran daripada pelbagai disiplin.