Pelbagai simptom dan sindrom berlaku kerana amalan hidup separa digital.
Kenapa separa? Aspirasi kerja dan gaya hidup digital tidaklah seperti mana yang kita alami sekarang.
Keterbatasan capaian, kelambatan tempoh menunggu serta saling keterputusan bukan impian hidup digital yang dicitakan.
Ini belum termasuk gambaran hidup berautomasi dan berbantukan teknologi digital serta robotik; yang jauh lagi untuk dicapai.
Namun, harapan dan tanggungjawab kerja serta kehidupan tetap cuba dipenuhi sepertimana keberadaan alam digital secara maksimum.
Benar, kita terpaksa di kala belum bersedia sepenuhnya.
Akan tetapi; biar berhubung, jangan terjerat. Lakukan penyesuaian secara berkala.
Harapannya, moga dimudahkan urusan semua ketika proses pembelajaran dan pengajaran.