Kelas pertama di mulakan dengan penilaian terhadap pengetahuan semasa pelajar berdasarkan survei:

1- Pengetahuan asas Kimia Organik

2- Minat terhadap Kimia Organik

3- Keperluan mempelajari Kimia Organik

4- Jangkaan mempelajari Kimia Organik

Sebelum ini pelajar di minta menjawab melalui penulisan di atas kertas. Melalui sistem E-Learning, perkara yang sama boleh dilakukan kini secara maya.

Antara yang menarik perhatian adalah ketidakcapaian pelajar terhadap info perkembangan semasa sains, khususnya kimia termasuklah merujuk kepada penvalidan 4 elemen baru pada Jadual Berkala! Terus pelajar yang rata-ratanya mempunyai facebook di minta mengikuti ‘like’ laman facebook berkaitan kimia seperti American Chemical Society.