Dalam syarahan yang pernah diikuti, antara yang di bincangkan adalah isu ‘siapa, mengapa dan bagaimana’ berkenaan penetapan peratusan setiap item yang di nilai.
Misalnya seperti yang di nyatakan di dalam artikel, peratusan reputasi kualiti pengajaran dan penyelidikan adalah berbeza sebanyak -8% di antara tahun 2016 dan 2015. Manakala peratusan penjanaan pendapatan daripada aktiviti berkaitan industri adalah meningkat sebanyak 3 kali pada tahun 2016 berbanding 2015.
Asas pandangan kita yang murni harus diterjemahkan sepertimana petikan ucapan Naib Canselor UTM:
Bagi UTM, penarafan adalah sebahagian daripada tanda aras dan pembinaan reputasi dalam komitmen kita memberi makna dan nilai kepada ‘soul’ pendidikan tinggi. Kita akan terus mengukuhkan perkara pokok, sesuai dengan peranan asas kita dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan inovasi serta perkhidmatan, dalam menyumbang kepada pembangunan negara, menjana kekayaan dan keamanan sejagat serta kemakmuran.
http://asia.nikkei.com/Life-Arts/Education/Latest-university-ranking-leaves-Japanese-academia-skeptical?n_cid=NARAN012