Semasa sesi perbincangan dan rumusan proses viva pelajar sebelum ini, istilah ‘kematangan akademik’ telah di ucapkan oleh profesor pengerusi .
Bagi saya, ianya cukup segar untuk mengisi makna sesuatu pencapaian akademik.

Kebiasaannya, tentu ukur sesuatu pencapaian akademik akan dinisabkan kepada tujuan dan marhalah pembelajaran. Indeks pengukur yang biasa digunakan pula adalah ‘pengetahuan’ dan ‘kemahiran’.

Namun, dua ukuran yang di majukan tersebut masih bersifat ceraian; tanpa memberikan keluasan cakupan makna sesuatu pencapaian akademik.

Rujukan dan fikiran lanjutan terhadap makna ‘kematangan akademik’ menemukan falsafahnya yang diteraskan kepada 4 juzuk kesepaduan iaitu pengetahuan, kemahiran, kebertanggungjawapan dan muafakat.

……

“..Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”

(Surah al-Ahqaf: 15)