Kepada Penerbit Buku, inilah 5 strategi untuk melariskan buku selain mendapatkan penulis yang sedia ‘glamour’.

1- TOKOH

Pastikan tajuk buku sasaran di sebut-sebut oleh tokoh terujuk (tentunya mempunyai pengikut) ataupun di kongsi oleh mereka di media sosial. Lagi baik, berikan buku ini secara percuma kepada mereka. Hati-hati; konten buku mestilah ada kualiti.

2- RUJUKAN

Letakkan buku sasaran sebagai senarai rujukan ataupun di petik di dalam buku primer. Peranan penerbit adalah penting bagi mengawal saluran pembelian buku primer kepada sekunder dan seterusnya melalui rantaian rujukan.

3- KONSISTEN

Galakkan penulis buku pertama yang telah laku keras untuk menulis buku seterusnya bagi memenuhi sasaran segmen pembaca ‘follower’. Laburkan fokus kepada penulis tersebut untuk untung jangka masa panjang.

4- SISTEM

Manfaatkan sistem atas talian menerusi sistem menu cadangan buku lain apabila pembeli telah membeli sesuatu buku sasaran. Utilasikan konsep ‘recommendation’ mengikut algoritma pemujukan.

5- RUANG

Gunakan bahagian prakata atau ‘cover’ belakang buku sebagai hujah menyokong kelebihan buku sasaran. Dapatkan pakar rujukan untuk memberikan ulasan sebagai punca tarikan.