“Nak ke mana Encik?” tanya pemandu teksi. “UTM KL”, jawab saya ringkas.
Jawapannya biasa sahaja, tetapi boleh mengundang geli hati. Ini kerana saya sememangnya berada di Kuala Lumpur! Jadi cukuplah sekadar menyebut UTM atau lebih cocok; UTM Jalan Semarak.
Begitulah kebiasaannya bagi staf UTM di Johor. Kampus KL akan sentiasa di rujuk sebagai UTM KL.
Mengikut sejarahnya ketika proses kenaikan taraf ke universiti penuh, tapak cadangan kampus utama UTM adalah di Gombak. Iaitu kawasan kampus UIA sekarang ini.
Namun begitu terdapat pandangan berkenaan persekitaran alam yang tidak bersesuaian. Lalu, kampus UTM yang utama di cadangkan berpindah ke negeri Johor. Tambahan pula, kepimpinan negara pada ketika itu berasal dari Johor.
Kini, Kampus UTM KL telah berkembang menjadi institusi ikonik pendidikan negara yang menjadi fokus pemusatan integrasi ilmu. Malah, lokasinya adalah cukup strategik kerana berada di lembah utama.
Bertepatan pula dengan aspirasi UTM untuk menjadikan Kampus KL sebagai satu tatacara hidup ‘KL Lifestyle’ yang menjadi pilihan. Dan tentunya keberadaan UTM di KL akan terus memberdayakan komuniti dengan ekosistem pengetahuan!