Apabila seseorang memulakan sesuatu karier profesional seperti pensyarah universiti, terdapat keperluan untuk mereka memahami pelbagai proses melibatkan urusan rasmi kerja serta mengenalpasti laluan peningkatan kerjaya dan pembangunan profesional. Dalam dunia akademik, tanggungjawab sebagai seorang pensyarah dalam membina niche kepakaran tersendiri, membangunkan kemahiran individu, mendapatkan pendidikan berterusan serta memahami ekosistem dan suasana tempat kerja seharusnya memerlukan bantuan tunjuk arah. Di sinilah, hubungan mentor-mantee di kalangan kakitangan akademik dapat berperanan memberikan pencerahan melalui perhubungan yang dibina secara terarah terutamanya dalam usia awal permulaan kerjaya. Program mentor-mantee bukan sahaja sekadar memindahkan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga melibatkan proses galakan, sokongan, penajaan, maklumbalas konstruktif serta pembentukan role-model.
Keperluan Perancangan
Sistem mentor-mantee boleh dimanfaatkan dalam menetapkan sasaran kerjaya yang mana ia dapat menjadi asas dalam melahirkan jalinan mentor-mantee yang berkesan. Mentor akan berperanan dalam memastikan mantee mendapat maklumat terutamanya berkenaan kriteria yang perlu dipunyai untuk peningkatan tahap kerjaya. Mantee boleh menerangkan kepada mentor rancangan jangka panjang, sederhana ataupun rancangan terdekat untuk mendapatkan maklumbalas daripada mentor. Mentor akan menunjukkan keperluan dan cara untuk meletakkan sasaran yang spesifik bagi memudahkan penetapan mekanisme dan penyusunan strategi untuk seseorang mantee mencapai sasaran tersebut. Berdasarkan pengalaman mereka, mentor akan berupaya memberikan maklumat sasaran ideal yang perlu diletakkan dalam jangka masa tertentu bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan mantee. Mentor akan bertindak sebagai individu yang dapat mengesan kelemahan dan kekuatan mantee serta menetapkan keutamaan yang perlu diberikan perhatian. Semua perancangan ini melibatkan pengurusan masa yang berkesan dengan mentor seharusnya dapat memberikan pandangan dan bantuan dalam proses menyeimbangkan antara pengajaran, penyelidikan serta khidmat kepada jabatan dan universiti. Malah, mentor juga boleh memantau perkembangan mantee supaya menepati perancangan yang telah diletakkan sejajar dengan tahap kompetensi yang perlu dicapai serta menyediakan ruang perbincangan jika hasil yang diperolehi berbeza daripada jangkaan.
Selain itu, mentor juga mampu untuk menjadi pendengar yang baik dengan menyediakan sistem sokongan yang selesa untuk perkongsian pemasalahan berkaitan kerjaya akademik. Pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mewujudkan jalinan yang selesa tersebut sama ada melalui pertemuan dan aktiviti bersama yang berkala ataupun melalui perkongsian pengalaman mentor sewaktu memulakan kerjaya awal. Semua langkah ini bertujuan untuk memastikan mantee mendapat keyakinan dan input yang berguna dalam menghadapi sebarang pemasalahan yang rutin dan biasa berlaku dalam dunia akademik. Mentor juga boleh berperanan dalam memaklumkan kod amalan yang tidak tertulis, tetapi menjadi peraturan yang dikongsi dan sedia maklum. Malah, penglibatan mentor dalam mencadangkan kursus-kursus peningkatan diri dan kemahiran individu kepada mantee adalah suatu perkara yang dialu-alukan.
Pengajaran, Pengurusan dan Penyelidikan
Dalam bidang pengajaran pula, mantee perlu mengetahui berkenaan jangkaan yang telah ditetapkan oleh jabatan melibatkan pilihan kursus yang perlu diajar sama ada kursus prasiswazah, pascasiswazah, kursus wajib atau elektif ataupun kursus perkhidmatan. Pemilihan kursus yang bersesuaian perlu dilakukan setelah mengenalpasti kepakaran, nilai kursus dan kefleksibelan masa pengajaran dengan mentor boleh bertindak sebagai pembantu. Mentor juga boleh bertindak sebagai penyelia untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan dibincangkan dari sudut positif bagi tujuan penambahbaikan. Perbincangan konstruktif bersama antara mentor dan mantee berasaskan penilaian oleh pelajar akan membolehkan mantee meningkatkan kualiti pengajaran. Mentor mampu menawarkan pengalaman dalam menyediakan suasana pembelajaran kondusif untuk pelajar serta menyediakan tips-tips berguna dalam menghadapi karenah pelajar yang pelbagai. Mentor juga boleh mencadangkan aktiviti pengajaran yang berkesan dalam suasana demografi pelajar yang berlainan.
Dalam pengurusan organisasi, mentor mampu mendedahkan kepada mantee peranan yang dijalankan oleh setiap bahagian dan unit terutamanya dalam mencadangkan suatu perubahan berkaitan akademik seperti penggubalan kurikulum dan kelulusan program yang baru. Lebih daripada itu, mentor juga boleh melibatkan mantee bersama-sama dalam bengkel ataupun mesyuarat pengurusan bagi memutuskan perkara berkaitan, seterusnya memberikan pengalaman yang berharga kepada mantee. Mentor juga mampu menyediakan maklumat berguna berkenaan proses pengurusan di peringkat jabatan terutamanya melibatkan pengagihan ruang, penyediaan kemudahan, penggunaan instrument dan perkhidmatan kakitangan sokongan. Selain itu, mantee perlu melibatkan diri dengan jawatankuasa perkhidmatan di peringkat jabatan dan pengurusan jawatankuasa tersebut boleh diuruskan dengan bantuan mentor.
Melalui penyelidikan pula, mantee boleh mendapatkan bantuan mentor dalam mengenalpasti sumber bantuan kewangan melalui geran-geran penyelidikan yang ditawarkan. Selain itu, mentor boleh membantu mantee dalam proses menyediakan kertas cadangan penyelidikan dengan memberikan komen dan cadangan membina yang akan memudahkan kelulusan cadangan penyelidikan tersebut. Mantee juga perlu membiasakan diri dengan peraturan dan komitmen masa yang panjang dalam mendapatkan geran penyelidikan dengan mentor akan bertindak sebagai rujukan nasihat. Selain itu, jika penyelidikan mantee memerlukan kerjasama pihak lain terutamanya melibatkan universiti luar, mentor mampu mengenalpasti mereka yang mempunyai minat dan idea penyelidikan yang sama dan menghubungkannya dengan mantee. Dalam langkah yang paling berkesan, mentor juga dapat memberikan ruang kepada mantee untuk bersama-sama menyumbang dalam penyelidikan mentor dan membuka ruang untuk penulisan bersama bagi penerbitan jurnal penyelidikan. Mentor kebiasaannya mempunyai maklumat yang cukup banyak berkenaan kaedah dan teknik bagi menghasilkan penerbitan yang bermutu dan diterima dengan mudah. Dengan itu, kemahiran mantee dalam penyelidikan dan penulisan dapat dikembangkan, manakala peluang mantee untuk membentang atau menghadiri konferens penyelidikan juga terbuka luas.
Begitu juga dalam melibatkan persoalan asas mengenai pemilihan bidang penyelidikan. Mentor dapat memberikan input berkenaan bidang keutamaan yang menjadi pemandu dalam dasar kecemerlangan dan polisi teras penyelidikan negara. Bagi pensyarah muda yang kembali berkhidmat di universiti selang melanjutkan pengajian pasca siswazah di luar negara, beberapa pemasalahan akan timbul terutamanya dalam memulakan penyelidikan di tempat kerja. Di sini, peranan mentor cukup signifikan bagi memastikan penyesuaian mantee dengan suasana baru berjalan dengan sempurna dan kesinambungan penyelidikan akan berterusan. Dalam proses yang melibatkan penyeliaan, mantee perlu mempunyai maklumat bilangan pelajar yang perlu diselia dalam sela masa tertentu dengan melihat kepada peruntukan masa yang ada bagi memastikan pengurusan penyeliaan berjalan dengan berkesan. Proses penyeliaan tersebut bermula dengan pemilihan pelajar yang kompeten untuk diselia dengan panduan asas boleh diperolehi daripada mentor.
Mentor Senior dan Rakan Sebaya
Daripada segi perlaksanaan, kebiasaannya sistem mentor dilakukan berasaskan perhubungan antara dua pihak berlainan senioriti yang dibina dengan persetujuan bersama. Perhubungan sebegini biasanya berlaku secara tidak rasmi dan melalui peluang yang tidak dirancang. Apabila mereka mempunyai jalinan ‘kimia’ yang serasi, hasil yang diterima adalah sangat produktif dan memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang kemungkinan akan timbul melalui perhubungan sedemikian. Antaranya komitmen dan sasaran hasil yang dikeluarkan mungkin tidak memenuhi tahap kepuasan kedua-dua pihak. Kemahuan dan sasaran yang tidak realistik antara keduanya akan merencatkan perhubungan tersebut. Perbezaan kuasa dan pengaruh, pandangan dan nilai yang berbeza dan pertembungan peribadi mungkin akan menghasilkan hubungan yang tidak sihat. Dalam kes tertentu, kemungkinan isu eksploitasi pasti akan mendapat tempat. Manakala, sistem tersebut kemungkinan akan mengurangkan perkembangan individu untuk mengeluarkan pendapat sendiri dan mengetengahkan hala tuju yang sendiri. Namun begitu, semua ini tetap bergantung kepada nilai pandang dan persepsi individu dengan bantuan mentor tidak seharusnya diketepikan sama sekali dengan syarat mentor mampu dihubungi dengan mudah, berpengalaman terutamanya keperluan untuk mempunyai rangkaian dan jalinan yang luas, bebas daripada mempunyai kepentingan yang boleh mewujudkan persaingan dengan mantee serta mempunyai piawai kecemerlangan yang tinggi.
Salah satu langkah alternatif lain adalah melalui sistem mentor antara rakan. Gabungan pengetahuan dan pengalaman rakan-rakan mentor boleh dilihat setara dengan mentor senior. Rakan mentor lebih sesuai dan tepat terutamanya dalam memberikan sokongan emosi, galakan, maklumbalas dan rasa penerimaan yang cukup bernilai dalam proses mentor. Disamping itu, dalam sela tertentu kumpulan rakan mentor boleh mendapatkan bantuan dan maklumat daripada mentor senior bagi tujuan refleksi.
Manfaat Berterusan
Bagi menyediakan manfaat yang optima menerusi sistem mentor-mantee di kalangan komuniti akademik, beberapa pendekatan perlu di nilai berdasarkan perlaksanaan yang telah sedia ada diamalkan di kebanyakan universiti global. Antaranya dalam usaha menjadikan sistem mentor-mantee sebagai satu pengurusan rasmi, tidak seharusnya diletakkan paksaan kepada mentor dan kakitangan akademik kanan untuk terlibat. Manakala, program tersebut juga perlu dilihat sebagai satu gagasan dan perancangan yang diterjemahkan oleh pengurusan tertinggi universiti supaya autoriti program dapat dirasai. Usaha penghargaan kepada kakitangan terlibat juga perlu dilakukan yang tidak semestinya melibatkan hadiah kewangan. Pengiktirafan rasmi boleh diberikan kepada mereka berdasarkan komitmen mereka terhadap usaha pembangunan profesional kakitangan universiti dan di berikan mata dalam penilaian kecemerlangan tahunan. Daripada sudut perlaksanaan lain, pemilihan mentor dan mantee harus dilihat berasaskan keseimbangan di antara kemahuan mentor dan keperluan mantee. Di samping itu, pengurusan universiti melalui bahagian sumber manusia perlu memberikan latihan kepada mereka yang terlibat bagi memastikan keberkesanan program tersebut dapat dicapai.
Penutup
Mentor perlu dilihat sebagai murabbi, penasihat, penunjuk arah, pengajar, pemberi inspirasi, pencabar dan menjadi contoh rujukan dalam pembangunan professional mantee. Walaupun pelbagai kaedah dan sistem mentor-mantee boleh diamalkan samaada melibatkan perhubungan secara rasmi, perhubungan tidak formal, perhubungan melibatkan mentor senior dan mantee junior serta perhubungan mentor-mantee rakan sebaya, semua jalinan seharusnya membantu perkembangan dari sudut budaya kerja akademik, pengurusan kerjaya akademik dan pembinaan kerjasama yang produktif serta mempercepatkan dan memudahkan laluan kerjaya mantee. Penekanan yang telah digariskan melibatkan tanggungjawab kakitangan akademik kanan dalam membimbing dan memberi nasihat dalam kemajuan kerjaya kakitangan akademik baru sewajarnya di perhalusi bagi memastikan mereka memperolehi panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal permulaan kerjaya.

Can anyone in a position to recommend cheap Shutter Manufacturers B2B Sales Leads? Thanks very much 🙂
I look after a vape shop directory site and we have had a listing from a vape shop in the United States that likewise offers for sale CBD goods. A Month afterwards, PayPal has contacted use to claim that our account has been limited and have asked us to take out PayPal as a payment method from our vape store directory. We do not sell CBD products like CBD oil. We merely offer marketing solutions to CBD companies. I have taken a look at Holland & Barrett– the UK’s Well known Health Retail store and if you take a close peek, you will witness that they offer for sale a reasonably considerable series of CBD products, primarily CBD oil and they also happen to take PayPal as a payment method. It seems that PayPal is administering contradictory standards to many different firms. Due to this stipulation, I can no longer take PayPal on my CBD-related internet site. This has restricted my payment options and currently, I am greatly dependent on Cryptocurrency payments and straightforward bank transfers. I have gotten in touch with a barrister from a Magic Circle law firm in London and they said that what PayPal is doing is entirely unlawful and inequitable as it ought to be applying a consistent benchmark to all firms. I am still to seek advice from a different legal representative from a US law firm in The city of london to see what PayPal’s legal position is in the USA. Meanwhile, I would be extremely appreciative if anybody here at targetdomain could offer me with alternative payment processors/merchants that deal with CBD firms.